• LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
  • LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE

SEMPADAN LANGIT DUNIA

· Aqidah

SOALAN: Apakah had atau sempadan langit dunia?

JAWAPAN:

Allah telah memberikan isyarat tentang ketinggian langit dunia melalui firman-Nya:

وَلَقَدۡ زَیَّنَّا ٱلسَّمَاۤءَ ٱلدُّنۡیَا بِمَصَـٰبِیحَ وَجَعَلۡنَـٰهَا رُجُومࣰا لِّلشَّیَـٰطِینِۖ وَأَعۡتَدۡنَا لَهُمۡ عَذَابَ ٱلسَّعِیرِ

Maksudnya: Dan demi sesungguhnya, Kami telah hiaskan langit dunia dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan dan Kami sediakan untuk mereka azab neraka yang apinya menjulang-julang.

[Surah al-Mulk (67) :5]

Melalui ayat ini, Allah memberikan perumpamaan bintang-bintang yang terlihat pada pandangan manusia itu seperti lampu-lampu yang diletakkan di bawah siling. Maka, sebagaimana lampu-lampu berada di bawah siling, demikianlah bintang-bintang itu berada di bawah langit dunia.

Ertinya, langit dunia jauh lebih tinggi melangkaui segala bulan, planet-planet, matahari, bintang-bintang dan semua jirim yang wujud di angkasa. Walhal, langit dunia hanyalah tingkat langit pertama dan ia adalah langit yang paling hampir dengan dunia.

TAMBAHAN 

Al-Imam Ibn Khuzaimah telah meriwayatkan sebuah hadis mawquf yang menjelaskan tentang jarak setiap langit dunia, dengan sanadnya:

حَدَّثَنَا بَحْرُ بْنُ نَصْرِ بْنِ سَابِقٍ الْخَوْلانِيُّ قَالَ ثنا أَسَدٌ قَالَ ثنا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ عَاصِمِ ابْنِ بَهْدَلَةَ عَنْ زِرِّ بْنِ حُبَيْشٍ عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ مَا بَيْنَ سَمَاءِ الدُّنْيَا وَالَّتِي تَلِيهَا مَسِيرَةَ خَمْسِ مِائَةِ عَامٍ وَبَيْنَ كُلِّ سَمَاءٍ مَسِيرَةَ خَمْسِ مِائَةِ عَامٍ وَبَيْنَ السَّمَاءِ السَّابِعَةِ وَبَيْنَ الْكُرْسِيِّ خَمْسِ مِائَةِ عَامٍ وَالْعَرْشُ فَوْقَ السَّمَاءِ وَاللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فَوْقَ الْعَرْشِ وَهُوَ يَعْلَمُ مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ

Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Bahr bin Nasr bin Sabiq al-Khaulani, katanya, telah menceritakan kepada kami Asad, katanya, telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah, daripada ‘Asim bin Bahdalah, daripada Zir bin Hubaisy, daripada Ibn Mas’ud, katanya, “Jarak antara langit dunia dengan langit seterusnya adalah sejauh 500 tahun perjalanan, jarak antara setiap langit adalah sejauh 500 tahun perjalanan, jarak antara langit ketujuh dengan Kerusi (Allah) adalah sejauh 500 tahun perjalanan, sedang ‘Arasy berada di atas langit itu dan Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi berada di atas ‘Arasy sedang Dia sentiasa mengetahui keadaan kalian.”

[Riwayat Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya (105) dan di dalam at-Tauhid (134) : Disahihkan oleh az-Zahabi di dalam al-‘Uluw (hal. 64) dan Ibnul Qayyim di dalam Ijtima’ul Huyushil Islamiyyah (hal. 100)]

Wallahua’lam.

INFAQ KULIAH
Previous
PERBEZAAN ANTARA SYARAT DAN RUKUN
Next
DI MANAKAH ALLAH?
 Return to site
All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OK

    Utama
    Soal Jawab
    Infaq