• LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
  • LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE

QURBAN DI NEGARA SENDIRI ATAU DI NEGARA MISKIN?

· Ibadah

SOALAN: Antara menunaikan ibadah qurban di negara sendiri dengan berqurban di luar negara, khususnya di negara-negara yang dilanda krisis, manakah satu yang lebih baik?

JAWAPAN:

1. Harus untuk mengerjakan ibadah qurban di dalam negara mahupun di luar negara, kerana ia bukanlah termasuk dalam syarat sah ibadah qurban.

2. Tetapi, jika masih ada kekurangan di tempat kita, adalah lebih baik untuk mengutamakan di negara kita sendiri terlebih dahulu.

3. Sebaik-baiknya, kita memperbanyakkan ibadah qurban di negara kita, lalu ada pihak yang menyediakan tempat khusus untuk menyimpan daging korban untuk disedekahkan ke negara-negara miskin sebagai tanda persaudaraan dan ingatan kita kepada mereka.

Inilah cara yang lebih menepati tujuan pensyari’atan ‘ibadah qurban iaitu untuk mendidik kita supaya berkorban untuk agama supaya dapat memberikan kelegaan kepada umat Islam yang dilanda kesempitan hidup.

4. Adapun larangan daripada menyimpan daging korban lebih daripada tiga hari, ia telah dimansuhkan melalui beberapa buah hadis, antaranya sabda Nabi s.a.w.:

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ لُحُومِ الأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ فَكُلُوا وَادَّخِرُوا

Maksudnya: “Aku pernah melarang kalian daripada (makan dan menyimpan) daging-daging korban lebih daripada tiga hari. Tetapi, sekarang, makanlah dan simpanlah (daging korban meskipun lebih daripada tiga hari).”

[Sahih Ibn Majah (2575) : Sahih]

Wallahu a'lam.

INFAQ KULIAH
Previous
TASBIH YANG SANGAT BESAR PAHALANYA
Next
LELAKI BERAMBUT PANJANG DAN PEREMPUAN BERAMBUT PENDEK
 Return to site
All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OK

    Utama
    Soal Jawab
    Infaq