• LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
  • LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE

MENCUKUR RAMBUT DAN MENTAHNIK BAYI

· Ibadah

SOALAN: Dalam majlis ‘aqiqah, biasanya diadakan amalan mencukur rambut bayi. Kemudian, rambut bayi itu ditimbang lalu disedekahkan mengikut nilai emas. Adakah amalan ini termasuk dalam sunnah Nabi s.a.w.?

JAWAPAN:

Al-Imam at-Tirmizi telah meriwayatkan sebuah hadis dengan sanadnya daripada ‘Ali bin Abu Tholib r.a. katanya:

عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنِ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ يَا فَاطِمَةُ احْلِقِي رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِي بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّة

Maksudnya: Rasulullah s.a.w. telah meng’aqiqahkan al-Hasan dengan seekor kambing, seraya bersabda, “Wahai Fatimah, cukurlah kepalanya dan bersedekahlah dengan perak mengikut berat rambutnya.”

[Jami’ at-Tirmizi (1519) : Hadis Hasan Gharib]

Hadis di atas menunjukkan bahawa disunatkan untuk mencukur rambut bayi pada hari ‘aqiqahnya, lalu ditimbang rambutnya (dalam keadaan kering) dan disedekahkan dengan perak (atau nilai perak) mengikut berat rambutnya itu.

Inilah amalan yang menepati sunnah.

Jika mampu bersedekah mengikut nilai emas, tentu sahaja itu lebih baik kerana tujuan amalan ini adalah untuk menunjukkan tanda kesyukuran kita dengan mengingati orang-orang yang susah. Tetapi Nabi s.a.w. menyarakan supaya disedekahkan mengikut nilai perak, kerana ia lebih murah sehingga lebih ramai yang dapat mengikut anjuran baginda tersebut.

Demikian juga disunatkan mentahnik iaitu mencicipkan sedikit cebisan buah kurma ke dalam mulut bayi. Juga tidak mengapa dicampurkan kurma tersebut dengan air zamzam jika dikhuatiri bayi tercekik ketika cuba menelan buah kurma tersebut.

Wallahu a'lam.

INFAQ KULIAH
Previous
MAZHAB FIQH AL-IMAM AL-BUKHARI
Next
HIKMAH DI SEBALIK KISAH SAHABAT BERMAKSIAT
 Return to site
All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OK

    Utama
    Soal Jawab
    Infaq