• LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
  • LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE

MENAMBAH LAFAZ "TA'ALA" DALAM SALAM DAN "SAYYIDINA" DALAM SELAWAT

· Ibadah

SOALAN: Apakah hukum menambah lafaz “Ta’ala” ketika memberi salam dan “Sayyidina” ketika berselawat kepada Nabi s.a.w. di dalam solat?

JAWAPAN:

Secara ringkasnya, tidak terdapat sebarang nas (yang sahih) yang menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. menambahkan lafaz “Ta’ala” atau “Wa barakatuh” ketika memberi salam di dalam solat.

Sebaliknya, apa yang sabit dengan sunnah Nabi s.a.w., baginda hanya memberi salam dengan berkata, “Assalamu’alaikum wa rahmatullah,” sebagaimana yang menjadi pegangan Mazhab asy-Syafi’i berdasarkan riwayat berikut:

أَنَّهُ كَانَ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِينِهِ وَعَنْيَسَارِهِ ‏ "‏السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ"‏ حَتَّى يُرَى بَيَاضُ خَدِّهِ مِنْ هَا هُنَا وَبَيَاضُ خَدِّهِ مِنْ هَا هُنَا

Maksudnya:

Bahawasanya dahulu, baginda (s.a.w.) memberi salam pada arah kanannya dan kirinya (sambil menyebut), “Assalamu’alaikum wa rahmatullah, assalamu’alaikum wa rahmatullah,” sehingga dapat dilihat putihnya pipi baginda dari sebelah kanan dan kiri.

[Sunan an-Nasa’i (1324)]

Hadis ini turut diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud dan al-Imam Ibn Majahdi dalam Sunan mereka.

Walaupun makna asalnya tidak salah untuk dituturkan di tempat lain (di luar solat), tetapi oleh kerana solat adalah ibadah khusus, maka yang terbaik adalah kita beramal setakat apa yang dicontohkan oleh Nabi s.a.w.

Demikianlah juga halnya dengan tambahan lafaz “Sayyidina” ketika berselawat di dalam solat; ia juga tidak sabit dengan sebarang nas, meskipun Nabi s.a.w. sememangnya sayyid (ketua) kita. Tetapi, kerana bukan begitu yang diajar oleh Nabi s.a.w. di dalam solat, maka berpada dengan sunnah bagindalah yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, jika ada yang menambahkan lafaz “Sayyidina” ketika berselawat kepada Nabi s.a.w. di dalam solat, ia tidaklah menyebabkan solatnya menjadi tidak sah. Hanyasanya, ia kurang baik berbanding apa yang diajarkan sendiri oleh Nabi s.a.w.

Adapun di luar solat, tidaklah mengapa.

Wallahu a’lam.

INFAQ KULIAH
Previous
SUMBER SYARAT-SYARAT SAHIH AL-BUKHARI
Next
KEWAJIPAN MEMAKAI SARUNG LENGAN DAN KAKI BAGI WANITA
 Return to site
All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OK

    Utama
    Soal Jawab
    Infaq