• LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
  • LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE

JIN BOLEH MEMUDARATKAN MANUSIA

· Aqidah

SOALAN: Adakah jin mampu untuk memudaratkan manusia? Jika mampu, adakah ia juga termasuk dalam taqdir Allah s.w.t.?

JAWAPAN:

Ringkasnya, jin sememangnya wujud. Ada manusia yang mampu menggunakan perkhidmatannya dan pada masa yang sama, jin juga mempunyai kemampuan untuk mempergunakan manusia. Jin juga boleh membunuh manusia, sebagaimana manusia boleh membunuhnya.

Hal ini termasuklah masalah saka yang berpunca daripada pemujaan yang dilakukan terhadap jin.

Antara dalilnya adalah sabda Nabi s.a.w.:

الْعَيْنُ حَقٌّ

Maksudnya:

“Gangguan makhluk halus itu benar.”

[Sahih al-Bukhari (5740)]

Demikianlah juga dengan nas-nas yang lain yang menerangkan bahawa syaitan tidak suka dan terkesan dengan bacaan ayat-ayat al-Quran seperti Surah al-Baqarah, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. melalui sabdanya:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ وَإِنَّ الْبَيْتَ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ الْبَقَرَةُ لاَ يَدْخُلُهُ الشَّيْطَانُ

Maksudnya:

“Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian seperti kawasan perkuburan. Sesungguhnya, rumah yang dibacakan di dalamnya Surah al-Baqarah, ia tidak akan dimasuki syaitan.”

[Jami’ at-Tirmizi (2877) : Hadis Hasan Sahih]

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Maksudnya:

“Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian seperti kawasan perkuburan. Sesungguhnya, syaitan melarikan diri daripada rumah yang dibacakan di dalamnya Surah al-Baqarah.”

[Sahih Muslim (780)] 

اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلاَ تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ

Maksudnya:

“Bacalah Surah al-Baqarah kerana sesungguhnya mengambilnya (membaca dan mengamalkannya) mengundang keberkatan dan meninggalkannya (tidak membaca dan tidak mengamalkannya) menyebabkan kerugian dan (dengan membacanya juga akan menyebabkan sihir) tidak mampu untuk menguasainya.”

[Sahih Muslim (804)]

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ كِتَابًا قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ بِأَلْفَىْ عَامٍ أَنْزَلَ مِنْهُ آيَتَيْنِ خَتَمَ بِهِمَا سُورَةَ الْبَقَرَةِ وَلاَ يُقْرَآنِ فِي دَارٍ ثَلاَثَ لَيَالٍ فَيَقْرَبُهَا شَيْطَانٌ

Maksudnya:

“Sesungguhnya, Allah telah menulis sebuah kitab 2,000 tahun sebelum Dia menciptakan sekalian langit dan bumi, dan dia menurunkan dua ayat daripada kitab itu yang menjadi penutup Surah al-Baqarah, dan tidaklah kedua-dua ayat itu dibaca di dalam sesebuah rumah selama tiga malam (berturut-turut), lalu syaitan masih mendekatinya.”

[Jami’ at-Tirmizi (2882) : Hadis Hasan Gharib]

Nabi s.a.w. sendiri pernah mentaqrirkan (mengiktiraf) kelebihan Ayatal-Kursi yang diberitahu kepada Abu Hurairah oleh syaitan dengan berkata:

إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنَ اللَّهِ حَافِظٌ وَلاَ يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ

Maksudnya:

“Apabila engkau telah berada di atas tempat tidurmu, bacalah Ayat al-Kursiy. Nescaya, Allah akan sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu sehinggalah engkau memasuki waktu pagi.”

[Sahih al-Bukhari (3275)]

Tetapi, apabila seseorang itu diuji dengan gangguan jin seperti terkena sihir, ia tidaklah bererti yang kedudukannya lebih rendah daripada orang yang terselamat daripada gangguan makhluk halus, kerana gangguan ini berlaku semata-mata dengan keizinan Allah untuk menguji manusia atau yang disebut sebagai taqdir takwini, sebagaimana firman-Nya:

فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ ۚ وَمَا هُم بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ

Maksyudnya:

“Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang
boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak
akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu
seseorang pun melainkan dengan izin Allah.”

[Surah al-Baqarah (2) : 102]

Wallahu a’lam.

INFAQ KULIAH
Previous
CARA BERTAUBAT DARI DOSA SESAMA MANUSIA YANG TELAH DILUPAKAN
Next
STATUS HADIS BERKAITAN IMAM MAHDI
 Return to site
All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OK

    Utama
    Soal Jawab
    Infaq